Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Saturday, December 22, 2012

Mr. Saxobeat .

at 7:13 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

Assalammualaikum wbt & hello earthlings ~



Dear Mr. Saxobeat. 

you make me this, bring me up, bring me down, playing sweet. make me move like a freak. Mr. Saxobeat . True *


Sebenarnya bukan ni aku nak cakap, tapi hey you ! yesss ! youu ! yang pernah bergelar Mr. saxobeat aku ni, KENAPA . WHY. HOW. BAGAIMANA kau selalu muncul dalam mimpi mimpi aku.

kita bukan siapa siapa pun, dan jujurnya kadang kadang aku langsung tak terfikir pasal kau, tp alih alih kau muncul jugak dalam mimpi aku. why ? 

*orang kata kalau kita mimpi dekat seseorang, maknanya that person tengah rindukan kita. 

Adakah benar kenyataan itu. Atau mimpi mimpi itu hanyalah mainan syaitan yang sering mengganggu tidur malam aku. Astagfirullahalazim.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.



................. Mr. Saxobeat . 



with that, sekian and assalammualaikum. 



 

Friday, December 7, 2012

Salam jumaat .

at 4:53 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥) 

                                        Assalammualaikum wbt & hello earthlings ~


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: 

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.


“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.


“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi




with that, sekian & assalammualaikum .

 

Thursday, December 6, 2012

Suci dalam debu.

at 5:50 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

Assalammualaikum wbt & hello earthlings ~


Bismillahirrahmanirrahim ..

Fuhhhhhh , lamenye tidak meng-update. terlalu busy dengan final exam sampai tak sempat nak baca blog atau update blog. Baca buku pun tak sempat. ekh. ekhh ?? Hahaaa. Adalah dalam 3 bulan aku tak jenguk blog nie. HAHAHA. Dah macam kacang lupakan kulit kannn ? *merepek. merepek. mule dahh*

Hatta sebenarnya terlalu banyak yang hendak di story-mory kan. tentang exam OSCE, birthday party yang sumpah super awesome, kisah paper final, RESULT semester lepas, adik bongsu sunat, rombakan bilik kat asrama yang menggila dan banyakbanyakk lagi. . Malangnya semuanya tak dapat habis ceritakan semua sekarang. so n so mungkin masa yang akan datang. InsyaAllah.



 

Tegas. Garang. Pemarah.

at 12:55 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)


Tegas. Garang. Pemarah.


Apa bezanya?

Garang adalah lebih kepada cara kita berdepan dengan kemarahan. Ada orang bila marah, suka melenting, suka maki hamun, suka tengking-tengking. Kadang juga bila marah suka suruh macam-macam, suruh itu suruh ini. Ish, garang betul.

Pemarah pula menujukkan sifat seseorang yang senang marah. Asyik-asyik nak marah. Sangat mudah nak marah. Baru cuit bahu, dah nak marah. Baru cakap sikit, dah nak tarik muka. Mungkin dia tak ekspresi kan dengan tengking dan maki hamun, tapi kita tahu dia mudah marah dari respond & reaksi nya, maka kita tahu seseorang itu adalah pemarah.

Tegas. Kalau garang & pemarah dikategorikan dalam suasana yang negatif, tegas lain. Tegas kadang-kadang boleh jadi positif, kadang juga boleh jadi negatif. Selalunya orang yang tegas punya prinsip hidup & disiplin dalam diri. Sebagai contoh, seseorang yang pembersih, dia mungkin akan sangat pantang jika ada sekelumit habuk pun di sekelilingnya. Tapi, tegas itu akan jadi negatif bila terlampau rigid dalam satu-satu perkara. Itu tak boleh, ini tak boleh, makanya, jadi tunggul sahaja lah. HAHA.

Bagaimana nak mengatasi?

Garang kata lawannya penyayang. Makanya, untuk mengatasi sifat garang, cubalah didik diri menjadi seorang yang penyayang.

Pemarah atau panas baran, Islam dah ajar.
'Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring' (Riwayat Muslim).
Ataupun, berwuduk.
'Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk' -Hadis Riwayat Abi Daud-

Dan tegas. Tegas biarlah bertempat. Untuk perkara-perkara yang betul, yang baik, yang membawa kepada kebaikan diri, yang mengikut landasan, tiada mengapa untuk hendak tegas. Tapi, untuk perkara yang mungkin kecil, jangan jadi terlalu rigid. Pertimbangkan sesuatu itu sebelum mengambil tindakan yang tegas. Pertimbangkan.

To sayang .... read this :


Orait. Be nice ya people. Orang takut tau nak dekat dengan orang yang garang, yang pemarah nie. Hanya orang yang berhati kental sahaja boleh tahan. Hati lembut macam saya (hihi), kalau kena tengking, kena maki, mau balik bilik menangis tiga hari. HAHAHA.

With that, Assalamualaikum.

 

Tuesday, December 4, 2012

One step closer.

at 5:40 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)




the day we met
frozen i held my breath
right from the start
i knew it i found a home for my
heart beat fast
colours and promises
how to be brave
how can i love when i'm afraid to fall
but watching you stand alone
all of my doubt suddenly goes away somehow

one step closer

i have died everyday waiting for you
darling don't be afraid i have love you 
for a thousand years
i'll love you for a thousand more

time stand still
beauty and all she is
i will be brave 
i will not let anything take away
what's standing infront of me
every breath
every hour has come to this

one step closer

i have died everyday waiting for you
darling don't be afraid i have love you
for a thousand years
i'll love you for a thousand more

and all along i believed i would find you
time has brought your heart to me
i have loved you for a thousand years
i'll love you for a thousand more

one step closer

one step closer

i have died everyday waiting for you
darling don't be afraid i have love you
for a thousand years
i'll love you for a thousand more

and all along i believed i would find you
time has brought your heart to me
i have loved you for a thousand years
i'll love you for a thousand more





 

Tuesday, June 26, 2012

kita kawan. tapi wujud cinta ? Apa tu ?

at 12:40 PM
 This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

Assalammualaikum semua (:


Apa itu Cinta Platonik ?

Cinta Platonik ialah satu istilah yang diguna pakai bagi menjelaskan satu perhubungan intim (lebih dari sekadar kawan) antara sepasang lelaki dan wanita tanpa berlandaskan sebarang tarikan seksual mahupun fizikal semata mata . Tiada sebarang janji atau harapan tapi ada perasaan yang tersimpan antara satu sama lain .

Pernah tak korang berada dalam situasi menyukai dan memuja seorang kenalan rapat (berlawanan jantina) . too obses dengan semua benda yang dia suka or semua benda yang dia buat ? maybe for u , ianya biasa saje seolah olah relationship tu tak lebih daripada kawan . tapi , in fact , keakraban korang tu , kadang kadang menimbulkan salah sangka pada orang sekeliling . too close each other , walaupun sering menafikan korang berdua sedang bercinta ? 


Wujud ke tarikan seksual for those yang mengalami cinta platonik ni ?

Of course NO ! sebab mereka yang mengalami cinta platonik ni kebiasaannya tak hiraukan aspek luaran dan fizikal semata . Mereka lebih menghormati "closeness" yang dibina atas alasan "sahabat semata-mata" .

Kebiasaannya , mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik "persahabatan" yang terjalin . Tapi , if ade something yang tak dijangka berlaku , for example , if salah seorang daripada mereka ada affair dengan orang lain , for sure la , akan ade yang tak puas hati , kan ? but , takde ape yang bole dibuat memandangkan tiada sebarang pengakuan yang dibuat . rite ?  (:

antara punca utama cinta platonik ni dirahsiakan :

masing masing ego and berkeras taknak meluahkan perasaan sesama sendiri .
tak yakin hubungan yang dibina mampu dibawa ke peringkat seterusnya .
belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing masing .
takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar / kekok sekiranya membuat sebarang pengakuan.
perasaan cinta memang tak wujud .



pada aku , bila orang bertanya, wujud ke cinta macam ni ? aku percaya. aku percaya cinta platonik tu wujud. hubungan antara dua manusia yang berlainan jantina, memang menjadi lumrah alam akan saling tertarik dan menarik antara satu sama lain, tetap juga akan jadi seperti biasa, tetap berkawan. just kawan. interesting kan hubungan ni ? 


 

Tuesday, June 19, 2012

CANTIK.

at 3:53 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)



cantik bagi aku .





cantik .

sebab cantik lelaki bergaduh berebutkan perempuan cantik

sebab cantik kita di khianat orang yang di sayangi

sebab cantik kita berhabis duit

sebab cantik kita sanggup menahan sakit

sebab cantik kita selalu bajet dan perasan hot 

sebab cantik kita selalu jadi tumpuan

sebab cantik kita menjadi makian orang

cantik nie ape sebenarnya ?

Apa Mat Lutfi kata tentang cantik . 


kenapa org dok berebut nak cantik ?
zaman sekarang ramai yang cantik fizikal , memang tak di nafikan , semua dok berebut nak jadi cantik, best ke jadi cantik ?


bagi aku , cukup lah cantik luar dan dalam . Cantik  !


 

Monday, June 18, 2012

Kadang Kadang Facebook buat aku jelesss.

at 9:58 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥) 


Assalammualaikum, hello and Hi Earthlings ~
hari ni, malas nak bebel bukan-II, just nak share dengan korang situasi yang zee alami sekarang .


LOGIN Facebook .
Bukak Home.
Then nampak, heyy dah kahwin dah sorang kawan aku. Selamat Pengantin Baru kawan
Roll ke bawah lagi ..
Suddenly, wahhhh, sorang lagi kawan sebaya satu sekolah dah dapat anak kedua . COMEL *  automatik I dah jadi untie. 
Roll lagi dan lagi .
Then, oopps !
Another my schoolmate going a vacation with her husband and cutiee son in an Island. 


Selamat Pengantin Baru. Btw, you're gorgeous sayangg. 

Okay, ni ada hadiahh buat korang yang dah kahwin tu yer. 


Sebenarnya banyak lagi tau doa2 untuk rumah tangga ni. Untung zee pergi kursus kahwin dekat Johor.
 Modul dea banyak doa . heeee. Untung bakal suami aku --''


* Hey, hey, hey korang . Best ke dah kahwin ? Best ke kahwin awal ? Kenapa kahwin awal ? 
Okay. Aku jeless . Bye .


 

Wednesday, June 6, 2012

me & myself.

at 6:02 PM
 This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

Journey. What is Journey actually about ?  About this ?





OR THIS ? 






*Think !

 

Life.

at 5:48 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)


Semuanya sudah tertuilis di Qada' & Qadar. 


 

Sunday, May 27, 2012

Cerita itu. cerita kami.

at 11:22 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)



ini cerita kami. cerita sahabat. cerita janji. cerita realiti. 


SAHABAT ...

kami kenal masa kami sama-2 pakai baju serba putih.. kenal. mesra. kawan. lalu menjadi sahabat.
walau sekejap, sejuta memori tercipta. sejuta senyuman terlakar. sejuta cerita di patri.
cerita kami indah. cerita kami gila ...

-✿ kami sanggup berjalan kaki 3km setiap hari lepas sekolah tengah2 hari sama2.
-✿ kami sanggup kena panas mentari main lari2 dekat taman bunga setiap hari lepas balik sekolah.
-✿ kami sanggup balik sekolah lambat sebab nak makan tengahari sama-2. menu of that day. ' nasi ayam & air limau ais '
-✿ dea sanggup dengar ucapan yang sama dari aku setiap hari, " haii Z tak de orang gila lain macam kita kan yang lalu taman bunga masa panas terik ni. hmmm, 2 tahun setengah la aku kena jalan kat taman bunga macam ni hari2 dengan kau "
-✿ dea belanja aku cendol kat tepi jalan.
-✿ dea lelaki & sahabat pertama yang komen baju aku buruk la hari tu. make up aku tak cantik lah masa tu.
-✿ dea lelaki & sahabat pertama yang sanggup tunggu setiap kali tali kasut aku tercabut masa otw pergi station bas.
 - ✿ dea lelaki & sahabat pertama yang buat aku jadi pendengar yang setia.
 - ✿ setia dengar cerita dea. - kisah cinta dea dengan budak perempuan kelas lain.
 - ✿ setia dengar luahan dea. - kisah hidup dea. family dea.
✿ setia dengar rintihan dea. - kisah dea tolong kedai makcik dea .
✿ setia dengar kutukan dea. dan setia dengar komen dea.
dalam masa yang sama, dea tak sedar yang dea jugak dah buat aku jadi setia dengar suara dea.
 -✿ setia tengok senyuman dea.
 -✿ setia tengok mata dea.
 -✿ setia tengok rambut dea.
 -✿ setia sediakan tempat untuk dea setiap hari dalam bas sekolah.
 -✿ setia tunggu dea setiap pagi dalam bas.
 -✿ setia dengar ketawa dea.

 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang cipta dan beri kenangan indah waktu zaman persekolahan aku.
 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang ukir nama kami dekat meja.
 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang menangis depan orang ramai sebab aku pindah & sambung belajar tempat lain.
 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang bagi  aku highlight dengan ucapan '' GOOD LUCK "
 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang buat janji dengan aku nak jumpa balik bila dah besar nanti.

- ✿ sebab dea, aku jadi diri aku sendiri.
✿ sebab dea, aku belajar naik bas jauh2 seorang diri.
- ✿ sebab dea, aku belajar MUET pandai2. nak bersaing dengan dea siapa lebih hebat.
- ✿ sebab dea, aku suka warna putih.
- ✿ sebab dea, aku ada teman. aku ada kawan dalam bas sekolah.
- ✿ sebab dea, aku jadi rajin pergi sekolah.
- ✿ sebab dea, aku tak de alasan untuk ponteng sekolah.
- ✿ sebab dea, cikgu MUET sayang aku. sayang dea. sayang kami berdua.
- ✿ sebab dea, aku ada angan2 nak pergi JB. *rumah dea kat situ.
- ✿ sebab dea, aku masuk KRS masa F6. hehee.
dan sebab dea jugakla sekarang aku jadi rindu.

rindu kenagan kami. rindu kenangan kita.
rindu nak gelak kuat2. rindu nak lari2 tengah panas. rindu nak makan pizza sama2.
rindu nak study sama2. rindu nak tangkap gambar sama2. rinduu nak dengar suara dea.
rindu. rindu. rindu.

tapi sejak dea tukar number fon, sejak aku tukar number fon. kami lost contact. kami jadi renggang.
KAMI JADI ASING antara satu sama lain. dan sampai satu masa, kami jadi musuh satu sama lain. saling benci, tanpa sebab yang pasti.

ingatlah sahabat. walau kau jauh dimata. walau aku tak de satu pun gambar kau. aku tetap ingat mata kau. rambut kau. senyuman kau. suara kau. sebab aku ada hati untuk ingat semua tu. aku ada rinduu yang mekarkan ingatan aku dekat kau.

andai ada silap aku, andai ada khilaf aku. harap kita dapat selesaikan dengan sebaiknya. dapat kita padam.

apa salah aku. apa dosa aku ? tolong tunjuk aku. tolong bagi jawapan.
kau buat aku tertanya-2. kau buat aku tersiksa. izinkan untuk aku ungkap kata maaf. maaf dan maaf untuk pulangkan balik kau sahabat.








IKHLAS,
 

Result.

at 12:26 AM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)



Horror, scary, dramatic, surprise, what more can i describe for this monday? Oh god tiap sem kene tunggu mase ni. Rutin akan macam ni : 


1 : mandi ingat result. 
2 : makan ingat result.
3 : nak shopping pun, ohh my INGAT RESULT juga.
4 : sehari sebelum keluar result, mula la anxiety. gelisah. resah. tak tentu arah. nak marah.
5 : pagi tu mula la rasa nak buang air besar, air kecik, air mata. haha. semua la.
6 : mula la kehulu hilir depan board yang bakal result ditampal kat situ dari pagi padahal result keluar pukul 10am.
7 : heartbeat mula meningkat. tachycardia. tachypnea. yang paling teruk SOB terus. 
8 : Semua zikir doa dibaca.
9 : redha. redha. redha. FIZIKAL & MENTAL. 


Papepun goodluck lah ye buat teman-teman untuk result semester 2 ni. Moga semua dapat yang baik-baik belaka dan masing-masing ceria melihat keputusan masin-masing. Amin.



 

Friday, May 25, 2012

HEY YOU .

at 2:31 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

i love beach. i love sunset. i love both

hey you ! yes, you, stop being unhappy with yourself. you are perfect. stop wishing you looked like someone else or wishing people liked you as much as they liked someone else. stop trying to get attention from those who hurt you. stop hating you body, your face, your personality, your quirks. love them. without those things, you wouldn't be you. and why you would want to be anyone else ? be confident with with who you are. smile. it'll draw people in. my happiness will not depend on others anymore. i'm happy because i'm love who I am. i love my flaws. i love my imperfections. they make me me. and me is pretty amazing. 




 

From resistance to Adrenalin.

at 2:26 AM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)


Somebody say's : 
" Learn from today, live for today, hope for tomorrow.
The important thing is not to stop questioning. "



Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah, dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…

Ya Rabb..
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….

Ya Rabb…
Tuntunlah Hati hambamu ini  agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.

Ya Rabb..
Jika dia memang baik untukku,agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.

Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu..



 

Monday, April 2, 2012

Isteri yang baik.

at 8:01 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

seorang isteri yang baik, akan sentiasa teman suaminya.
sentiasa jaga suaminya,
sentiasa manjakan suaminya,
sentiasa sempurnakan suaminya,
sentiasa ada rasa cemburu,
redha terima baik dan buruk suaminya. 






- Petikan dari telemovie : Jujur aku dayus.
 Click sini kalau nak tengok cerita (:



 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea