Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Sunday, January 20, 2013

Percutian kali kedua kami .

at 4:11 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

Assalammualaikum wbt & hello earthlings~


Last week kami pergi Tanjung Piai. mana tempat tu ?
Dalam negeri Johor di daerah Pontian. That place actually also know as Taman Negara Johor.
Tempat tersebut sungguh awesome. Percayalah. It so worth it !
To those who love nature just like me, anda semua pasti akan rasa ianya satu tempat yang sangat hebat !
Hanya bayar RM5 then boleh masuk hutan, laut, fishing, and ada service ke Pulau Kukup yang indah. Macam island hoping.

Sejak jadi ketua kelas, Naib Pengerusi Persatuan Komuniti & Setiausaha English Society, aku rasa hidup ini sangat busy. Hari hari berlalu dengan derasnya. 24 jam sehari itu sangat singkat.


Okay then, this for you :)






















with that, sekian & assalammualaikum :)

 

Thursday, January 3, 2013

dearly welcome.

at 7:59 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

Assalammualaikum wbt & hello earthlings~ 


just to say :
hello
hello
hello 
hello
JUNIORS

Are you serious enter this college ? Think wisely **



 

Wednesday, January 2, 2013

The journey of year.

at 10:52 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

                                          Assalammualaikum wbt & hello earthlings ~




Kolej aku memang pandai. Tepat 31 haribulan, semua pelajar kolej dah diwajibkan berada di asrama. So, yes maknanya tiada sambutan malam tahun baru bagi kami. Yeahh, memang itu semua ada  kebaikannya, tidak dinafikan banyak manfaatnya pada kami semua terutamanya yang masih berjiwa remaja ini. Walhal, memang tidak digalakkan dalam agama islam menyambut perayaan yang menyerupai agama lain. Nauzubillah. Tapi, bukan pasal ini yang aku nak cakap dalam entry penutup tahun 2012 aku yang panjang lebar bak esei STPM ni. Lain ceritanyaa ….

Masalah aku sekarang ialah RINDU. Masalah kerinduan yang terlampau dekat dua orang budak merangkap sepupu yang paling rapat dan terlalu rapat dengan aku. Mohamad Hanif Saifullah dan Nur Hani Qaleesya. Dua nama yang terlalu dekat dengan aku. Mereka ni anak maksu n busu aku. Comelnya Ya Allah.. sebulan semester break ni, hampir setiap malam jugalah aku bersama dworang. Buatkan susu, pepagi mandikan dworang, makan sesame. Cium cium dworang. Malah gaduh dengan dworang. Ooops! Terlupa pula, umur mereka ni baru 4 tahun dan 1 tahun 11 bulan.  Comel kan.

Bayangkanlah kalau setiap malam dah buatkan susu, tidur sama sama, then tetiba semua tu tiada. Tiada lagi bunyi rengekan nak susu mereka. Tiada lagi tangisan manja mereka. Tiada lagi gelak tawa mereka ketika bermain bersama aku. Tiada, tiada tiada dan lebih menyedihkan aku terperangkap dalam asrama ni. No family. No happy. Bagi aku, keluarga adalah nadi aku. Tiada kebahagiaan lain yang boleh menandingi bila aku bersama keluarga. Mereka segala galanya.

Dan pada ambang berlabuhnya tirai 2012 ini, aku pertama sekali mengucapkan syukur Alhamdulillah kepadaNYA kerana masih meminjamkan aku hari harinya. Selamat datang 2013. Semoga menjadi tahun yang membawa banyak kejayaan kepada aku dan keluarga aku Insyaallah.

 Aku bukanlah orang yang saban tahun beria ia dan semangat memasang azam pada malam tahun barunya dan kemudian kecewa apabila satu persatu daripadanya tidak ditunaikan. Dan aku jugalah bukan seorang yang suka mem’postpone’kan azam azam tahun barunya ke tahun berikutnya. Tidak, Itu bukan aku.  Cukuplah bagi aku agar dapat jadi seorang insan yang lebih baik berbanding sebelumnya dan menjadi lebih matang dalam mengharungi hari hari barunya. Cukuplah menjadi seseorang yang lebih bijak dalam membuat dan menerima sesebuah keputusan.

Tahun 2012 meninggalkan terlalu banyak kenangan dalam hidup aku. Ada 2 semester telah aku harungi sepanjang tahun itu. Tahun yang mana tahun pertama aku melangkah ke alam 20-an. Entah mengapa pada tahun 2012 juga aku tiba tiba rasa hilang minat atau dalam erti kata lain hilang keghairahan terhadap bagaimana untuk menguruskan diri aku dengan baik seperti tahun tahun sebelumnya.Walhal, aku masih remaja.  Hasilnya aku jadi semakin wooww, meningkat dalam segi saiz. *Gemuk. Dan paling teruk aku hanya memakai apa saja yang tersedia dan mudah. Langsung tidak menghiraukan gaya atau kecantikan yang aku bangga banggakan dahulu. Aku tampil selekeh pada tahun itu dan yer aku sendiri rasa selekeh. Aku jadi malas dan semalas malasnya. Zahidah, jannah, liyana, azmira salalu menanyakan soalan yang sama terhadap aku apabila melihat perubahan aku yang terlalu teruk dan mendadak ni. Dan soalannya “ MANA ZAMIRA YANG DULU ? “  aku pun tak tahu, tapi aku nak berubah dan kembali seperti dahulu.

CINTA .
Dan seterusnya dalam tahun 2012 ini jugalah aku break a.k.a clash sekejap dengan MR.A . Encik cinte hati aku. Puncanya tentulah dari aku sendiri. Degil sangat kan. Hurmm, sebenarnya entahlah, mungkin aku tidak tahu menghargai mana yang berlian, mana yang kaca. Tapi entahlah, seteruk teruk aku, aku tak pernah hina dia. Caci dia. Maki dia. Macam yang dia buat dekat aku. Sorry sayang, yes memang tak patut ungkit cerita lama tapi kata kata you terpahat dan tersemat kuat dalam dasar hati ni. Serious aku takkan sesekali lupakan.

Aku harap tahun 2013 yang bakal bermula ni membawa sinar baru dalam hubungan kami.

Okay, tak lupa juga dalam tahun 2012 ni, along aku Mohd Noor Idzhar sudah pun melangsungkan perkahwinannya pada 16 September yang lepas dengan seorang kakak yang sangat cantik. Cantik cantik cantik sekali. Kakak Munyati Aimi namanya. Nak tahu tak, mereka ni couple sekejap je, tak sampai setahun kenal then dah sampai seru. Seronok kan ?
Dan dalam tahun 2012 ini juga, Khawarizmi Kamaruddin dah kahwin. Siapa dia tu. Hanya orang terdekat sahaja tahu. T.T
Aiman pun dah sunat. Alhamdulillah masa aku baru start cuti sem hari tu. Selamat adik bongsu aku berkhatan. Punyalah kelakar. Disuruhnya mengucap dia pergi Azan sekuat hati dalam bilik doctor tu. Ya Allah, aiman aiman.

Baby pulak, adik aku yang ketiga mulai tahun hadapan dah mula tinggal rumah maksu aku. Dia sekolah sana . Bukan main seronok + excited dia bila busu dan maksu belanja beg sekolah dan sandal baru.

Baru baru ni yang paling best dan woww sekali kan yang berlaku dalam hidup aku ialah pergi Sunway Lagoon. Aku pergi dengan budak budak dari English Society kolej aku. Dengan ana, nazrien, dibah, jannah, yana, zahidah, eli, dan yang lain lain. Semua park aku masuk. REPEAT. Semua park aku masuk. Dan yang plaing ohsemm dapat tengok cerita delam wayang 5D pertama di Sunway Lagoon yang syokkk habiss. Rasa nak masuk banyak banyak kali.
 Amusement part. Waterpark. Extream park. Wild life park. Scream park. Yes scream park yang bagai nak gila aku masuk rumah hantu tu. Seram habisssss oii. Ada hantu chucky, hantu saw, hantu ponti, hantu lompatlompat, Ada hantu badut tu. Hantu apa lagi ek, semua hantu adalah. Ada zombie. Yeahh. Bab zombie tu yang paling scary. Real dalam kandang tu sepak sepak , larilari macam nak makan aku. Keluar rumah hantu tu habis kasut aku nak tertanggal. Seluar nak tercabut bukan sebab apa, sebab nak selamatkan diri punya pasal. Disebabkan masa tu aku masuk berdua je dengan zahidah, sepanjang masa kat dalam rumah hantu tu aku peluk zahidah. Peluk pinggang zahidah dari belakang. Rapat rapat. Erat erat. Masa tu aku fikir, antara hidup mati je. HAHA. Bodohkan aku disitu.  
Then malam tu kami pergi i-City pulak. In my opinion, kalau pergi dengan boyfie seronok ni. Romantik. Aku suka lampu lampu ni. Blushing.

STUDY .
Bab study pulak, Alhamdulillah masa semester 2 iaitu awal tahun 2012 tempoh hari, result aku okay sikit jika nak dibandingkan dengan result semester 3 yang lepas nie. Hampehh. Itulah, main + berangan je lebih. Lagi satu, asyik tidur, tidur, tidur. Macam mana nak dapat dekan Zamira oiii. Elaun semester depan nak naik. Naik rm200+ . Adalah dalam lapan ratus lebih. InsyaAllah akan aku manfaatkan sebaik baiknya. Tinggal 3 semester lagi nak habis ni. Pointer mesti mantap kalau nak cepat kerja dan seterusnya kaya. Hahaa. Nak kahwin lagi. At least dapat dekan sekali jadilah. Ya Allah, bantulah hambamu ini.

Dan penutup entri aku kali ni, aku nak cakap AKU JADI KETUA KELAS SEM NI  yang mana penyelarasnya Pn Santha. Pasti hebat cabaran yang menanti aku tak lama lagi. Harap sangat Allah permudahkan segala urusan aku dan  aku dapat jadi seoarang ketua yang baik. Amin. InsyaAllah.



With that, sekian & assalammualaikum. 



 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea