Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Tuesday, May 21, 2013

Remember me.

at 7:51 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎♥

Assalammualaikum & hi earthlings ~


Please do remember me when I'm gone .

Taat kepada kedua ibubapa yang utama sebelum tiba masanya untukku taat kepada suami.
 Insyaallah selamat menuju jalanNya. Allahuakbar. "



 

Friday, May 17, 2013

Night Duty as a Nurse plus the Horror scene .

at 4:27 PM
 This is Zameera Zamrose OFFICIAL Blog ‎♥


Assalammualaikum & hello Earthlings ~

Fuhh, alhamdulillah tup tup tup akhirnya selesai sudah 3 hari zee kerja syif malam di wad Perubatan Perempuan 1 ( PP1 ) . Malam pertama, huhh ! memang blur habis. Dan mulalah zee bermonolog dalaman :

" Apa aku nak buat ni,
 GM buat pukul berapa, 
vital signs pulak nak start pukul berapa, 
Neb lagi nak bagi,
ada feeding ke malam malam ni ?
Nak bagi ubat kat patient lagi. 
Sponging ? arghhhhh"

Punyalah blurr habis kann zee ni masa malam pertama kerja malam tu, dengan tak tahan dek ngantuknya lagi.
Kalau korang sedia maklum, zee ni memang jenis yang tidur awal kat asrama. Ini semua dipengaruhi oleh faktor persekitaran juga sebenarnya. I call it therapeutics ♥ . Hahaa, yelah dah roommate & toiletmates semua tidur awal, zee nak borak dengan siapa lagi kan kalau semua dah tidur. So, secara officialnya memang sharp jam 12, bilik lampu dah off. 

Dan disebabkan pada malam pertama tu, wad zee turn aktif, so memang banyaklah admission masa pukul 1 hingga 3 pagi tu. Denggi fever lah. suicidal attempts lah, Tibi lah, Scizophenia lah, dan pelbagai jenis penyakit lain. So, kami sebagai student nurse ni jadi tak cakup tangan. Kejap kejap HO tu nak ECG, vital sign untuk new case, kejap kejap nak ambil darah dan bermacam kerja yang lain. Penat memang penat. Mana nak kejar new cases lagi, mana nak ambil Hourly BP lagi, GM lagi. Haa cakap pasal GM , anda bayangkanlah, zee kena cucuk orang pukul 4 pagi. Tak ke ngantuk gilaa tu  ? Dengan diri sendiri ni mamai mamai ayam, nak pergi dari seorang ke seorang patient untuk dicucuk. Takut tersuntik diri sendiri je kann masa tu. 

Sebenarnya dalam hati ni, terbit juga rasa serba salah sebab yelah, pesakit tu tengah syok syokk tidur, tiba tiba datang misi nak cucuklah, doktor nak ambil darah la, tapi nak buat macam mana. Bila fikir balik itu semua dah tanggungjawab namanya. Semuanya demi untuk kekal memastikan pesakit tersebut kekal sihat dan semakin baik. Yelahh, sedang orang lain sedang asyik diulit mimpi, kita misi gigih bersengkang mata demi menjalankan satu tugas yang bergelar tanggungjawab. 

****Horror scene****

Jeng, jeng jengg, ada ke sepanjang zee bertugas syif malam ni ? Alhamdulillah, zee terlindung dari semua gangguan syaitan tersebut cuma kalau masuk bilik air patient pukul 2 pagi tu lampu yang okay tiba tiba jadi on off on off tu ada lah, then bila check balik pukul 6 pagi lampu bilik air tu okay je pulak. Hairan tapi diamkan je, Tengah duduk duduk dalam bilik rehat dengan Kak Ira, tup tup by suddenly katil & dinding macam ada orang ketuk atau tolak dengan kuatnya. Tapi kami diamkan je dan terus keluar & buat kerja masing masing. Tak sebut langsung pasal hal tu. Dengan patient nya lagi, mengadu ada doktor perempuan ambil darah dia pukul 3 pagi, tapi bila kami cuba trace blood test kat lab, tiada sebarang result pun, dan itu menjadi misteri yang amat besar bagi kami. 

Kalau nak tahu, wad PP1 tu bersebelahan dengan asrama jururawat yang lama, sebelum dipindahkan di KSKB dan depannya pula, Rumah Mayat untuk tujuan forensik. So, memang ' ngosek ' sangatlah kan bak kata orang Kelantan. Dengan anginnya yang windy dan sepoi sepoi bahasa pukul 3,4 pagi.  Try lah imagine ok ? 


Hihii okay stop at here, tapi kerja malam ini pun ada bestnya sebab dapat cuti 3 hari weiii. Mana nak cari nurse cuti 3 hari ? Kalau kerja malam je tau. Repeat, kalau kerja syit malam sahaja. Kalau syift biasa, 1 hari je kami dapat cuti. 1 hari dari 7 hari kami kerja salama 7 jam. Penat, memang penat. Selain itu, kami dapat makan ( aktiviti menggemukkan diri ) pukul 2, 3 pagi. Lepas tu jenis zee pulak, pagi mulalah perut ni meragam. Okay, so the conclusion is, ini adalah pengalaman terbaik sebelum zee bergelar stafnurse dalam masa setahun je lagi. Experience always the best teacher. InsyaAllah. 



 

Tuesday, May 14, 2013

Hey hey.

at 12:07 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)


Assalammualaikum & hello Earthlings~

Dear H .

saya kiri . awak kanan
saya kanan awak kiri.
we're complete.

Dear H .

Ada sesekali kita akan bersua dalam mimpi.
Mampukah ia jadi realiti .
Atau sekadar mainan ilusi hati.

Dear H .

Jika wanita itu yang kau tunggu,
Mungkinkah ia aku,
Jika tidak meranalah kalbu.

Dear H .

Aku ingin menjadi insan solehah itu.
Yang sering kau idamkan. 
Menjadi pelengkap mega hidupmu .
Bersama mengharung pascawarna kehidupan. 

Dear H .

Ada kala rindu bertaut.
Mana mungkin dibuang ke laut.
Sisa cinta dulu ku kaut.
Cukup indah tak terungkap dek maksud.

Dear H . 

Puisi ini rekaan hati.
Benarkan ia bertaut di hati. 
Bukan di karang bukan di mimpi.
Setiap bait membawa erti.
Semua perkara izinkan terjadi.
Terimalah aku sebagai teman di hati. 



I  Mean it. Simple :)
 

Sunday, May 12, 2013

Ini yang ku mahu .

at 10:59 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

Assalammualaikum & Hi Eathlings~




YA ALLAH ....
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”






 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea