Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Sunday, May 27, 2012

Cerita itu. cerita kami.

at 11:22 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)



ini cerita kami. cerita sahabat. cerita janji. cerita realiti. 


SAHABAT ...

kami kenal masa kami sama-2 pakai baju serba putih.. kenal. mesra. kawan. lalu menjadi sahabat.
walau sekejap, sejuta memori tercipta. sejuta senyuman terlakar. sejuta cerita di patri.
cerita kami indah. cerita kami gila ...

-✿ kami sanggup berjalan kaki 3km setiap hari lepas sekolah tengah2 hari sama2.
-✿ kami sanggup kena panas mentari main lari2 dekat taman bunga setiap hari lepas balik sekolah.
-✿ kami sanggup balik sekolah lambat sebab nak makan tengahari sama-2. menu of that day. ' nasi ayam & air limau ais '
-✿ dea sanggup dengar ucapan yang sama dari aku setiap hari, " haii Z tak de orang gila lain macam kita kan yang lalu taman bunga masa panas terik ni. hmmm, 2 tahun setengah la aku kena jalan kat taman bunga macam ni hari2 dengan kau "
-✿ dea belanja aku cendol kat tepi jalan.
-✿ dea lelaki & sahabat pertama yang komen baju aku buruk la hari tu. make up aku tak cantik lah masa tu.
-✿ dea lelaki & sahabat pertama yang sanggup tunggu setiap kali tali kasut aku tercabut masa otw pergi station bas.
 - ✿ dea lelaki & sahabat pertama yang buat aku jadi pendengar yang setia.
 - ✿ setia dengar cerita dea. - kisah cinta dea dengan budak perempuan kelas lain.
 - ✿ setia dengar luahan dea. - kisah hidup dea. family dea.
✿ setia dengar rintihan dea. - kisah dea tolong kedai makcik dea .
✿ setia dengar kutukan dea. dan setia dengar komen dea.
dalam masa yang sama, dea tak sedar yang dea jugak dah buat aku jadi setia dengar suara dea.
 -✿ setia tengok senyuman dea.
 -✿ setia tengok mata dea.
 -✿ setia tengok rambut dea.
 -✿ setia sediakan tempat untuk dea setiap hari dalam bas sekolah.
 -✿ setia tunggu dea setiap pagi dalam bas.
 -✿ setia dengar ketawa dea.

 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang cipta dan beri kenangan indah waktu zaman persekolahan aku.
 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang ukir nama kami dekat meja.
 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang menangis depan orang ramai sebab aku pindah & sambung belajar tempat lain.
 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang bagi  aku highlight dengan ucapan '' GOOD LUCK "
 -✿ dea lelaki & sahabat pertama yang buat janji dengan aku nak jumpa balik bila dah besar nanti.

- ✿ sebab dea, aku jadi diri aku sendiri.
✿ sebab dea, aku belajar naik bas jauh2 seorang diri.
- ✿ sebab dea, aku belajar MUET pandai2. nak bersaing dengan dea siapa lebih hebat.
- ✿ sebab dea, aku suka warna putih.
- ✿ sebab dea, aku ada teman. aku ada kawan dalam bas sekolah.
- ✿ sebab dea, aku jadi rajin pergi sekolah.
- ✿ sebab dea, aku tak de alasan untuk ponteng sekolah.
- ✿ sebab dea, cikgu MUET sayang aku. sayang dea. sayang kami berdua.
- ✿ sebab dea, aku ada angan2 nak pergi JB. *rumah dea kat situ.
- ✿ sebab dea, aku masuk KRS masa F6. hehee.
dan sebab dea jugakla sekarang aku jadi rindu.

rindu kenagan kami. rindu kenangan kita.
rindu nak gelak kuat2. rindu nak lari2 tengah panas. rindu nak makan pizza sama2.
rindu nak study sama2. rindu nak tangkap gambar sama2. rinduu nak dengar suara dea.
rindu. rindu. rindu.

tapi sejak dea tukar number fon, sejak aku tukar number fon. kami lost contact. kami jadi renggang.
KAMI JADI ASING antara satu sama lain. dan sampai satu masa, kami jadi musuh satu sama lain. saling benci, tanpa sebab yang pasti.

ingatlah sahabat. walau kau jauh dimata. walau aku tak de satu pun gambar kau. aku tetap ingat mata kau. rambut kau. senyuman kau. suara kau. sebab aku ada hati untuk ingat semua tu. aku ada rinduu yang mekarkan ingatan aku dekat kau.

andai ada silap aku, andai ada khilaf aku. harap kita dapat selesaikan dengan sebaiknya. dapat kita padam.

apa salah aku. apa dosa aku ? tolong tunjuk aku. tolong bagi jawapan.
kau buat aku tertanya-2. kau buat aku tersiksa. izinkan untuk aku ungkap kata maaf. maaf dan maaf untuk pulangkan balik kau sahabat.








IKHLAS,
 

Result.

at 12:26 AM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)



Horror, scary, dramatic, surprise, what more can i describe for this monday? Oh god tiap sem kene tunggu mase ni. Rutin akan macam ni : 


1 : mandi ingat result. 
2 : makan ingat result.
3 : nak shopping pun, ohh my INGAT RESULT juga.
4 : sehari sebelum keluar result, mula la anxiety. gelisah. resah. tak tentu arah. nak marah.
5 : pagi tu mula la rasa nak buang air besar, air kecik, air mata. haha. semua la.
6 : mula la kehulu hilir depan board yang bakal result ditampal kat situ dari pagi padahal result keluar pukul 10am.
7 : heartbeat mula meningkat. tachycardia. tachypnea. yang paling teruk SOB terus. 
8 : Semua zikir doa dibaca.
9 : redha. redha. redha. FIZIKAL & MENTAL. 


Papepun goodluck lah ye buat teman-teman untuk result semester 2 ni. Moga semua dapat yang baik-baik belaka dan masing-masing ceria melihat keputusan masin-masing. Amin.



 

Friday, May 25, 2012

HEY YOU .

at 2:31 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

i love beach. i love sunset. i love both

hey you ! yes, you, stop being unhappy with yourself. you are perfect. stop wishing you looked like someone else or wishing people liked you as much as they liked someone else. stop trying to get attention from those who hurt you. stop hating you body, your face, your personality, your quirks. love them. without those things, you wouldn't be you. and why you would want to be anyone else ? be confident with with who you are. smile. it'll draw people in. my happiness will not depend on others anymore. i'm happy because i'm love who I am. i love my flaws. i love my imperfections. they make me me. and me is pretty amazing. 




 

From resistance to Adrenalin.

at 2:26 AM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)


Somebody say's : 
" Learn from today, live for today, hope for tomorrow.
The important thing is not to stop questioning. "



Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah, dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…

Ya Rabb..
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….

Ya Rabb…
Tuntunlah Hati hambamu ini  agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.

Ya Rabb..
Jika dia memang baik untukku,agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.

Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu..



 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea