Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Friday, June 28, 2013

Kenapa cuti semester berakhir ?

at 5:08 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎♥

Assalammualaikum & hello earthlings ~


Okay berbalik kepada tajuk di atas, kenapa. kenapa. why ? Cuti sem dah berakhir ?
Alasan dan sebabnya senang, sebab tempohnya dah habis. Sebulan itu sekejap. Jadi bermulah episod sedih lagi sadiss dalam hidup aku . Kadangkadang sebenarnya masalah kewangan itu menjadi punca utama. Walaupun kerajaan dah tanggung aku dengan elaun yang banyak, tapi yes benda yang aku perlu bayar lagi banyak ! yeahhhh ! dan sekarang please wish me luck there as a final year as a student nurse. Love ~


 

Thursday, June 13, 2013

Aku masih ingat .

at 6:40 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎♥

Assalammualaikum & Hello earthlings  ~



Aku masih ingat lagi, pagi itu, jam 8.15 minit, segar & dingin menyelinap segenap tubuh. Hilang rasa penat lelah setelah berkerja dan bersengkang mata sepanjang malam selama 1o jam selepas mandi & mencuci rambut. Wangi, aku suka aroma itu. Sedang asyik mengeringkan rambut di depan kipas angin, tiba tiba deringan telefon segera mematikan lamunan yang baru cuba dilakar. Hello, Assalammualaikum Zameera sila datang ke Office sekarang yer, ada benda saya nak bagi & pesan kat awak ‘’ Ya Allah, biar betul lecturer ni, aku baru nak rehat, aku baru nak sidai kain baju yang baru dibasuh tadi, aku baru nak tidur lepas 10 jam aku bersengkang mata kat wad tadi, bagi ubat jam 4 pagi, mandikan pesakit pukul 5 pagi, bagi suntikan pukul 6 pagi, dengan ambil tekanan darah hourly, penat aku penat. Tapi disebabkan tanggungjawab yang digalas, diri digagahkan jua untuk menukar pakaian yang lebih sesuai dan segera menapak ke pejabat pentadbiran. Setelah segala urusan selesai, barulah mata ini dapat dipejamkan seketika dan tubuh ini dapat berehat .

Aku masih ingat lagi, pagi itu, satu kelas kena marah sebab pakai baju biasa & bukan baju uniform rasmi kami iaitu uniform nurse.  Semua disebabkan gara gara aku tidak bertanya kepada Puan. Maaf, aku minta maaf, yer itu salah aku. jujur aku cakap, aku tak pernah jadi seorang ketua kelas, dan aku tak pernah terbayang pun nak jadi seorang ketua yang perlu menjaga kebajikan 83 orang ahlinya. Besar, ya itu memang tanggungjawab & amanah yang paling besar yang perlu aku pikul sepanjang usia aku 21 tahun aku bernafas di Bumi Allah ini. Alhamdulillah, mereka tidak dikenakan apa apa tindakan dan aku sendiri telah mengaku bahawa aku yang menyuruh mereka memakai pakaian biasa. Berani buat, berani tanggunglah kan ?

Aku masih ingat lagi, petang itu, petang yang amat menggembirakan kami setelah hampir 2 bulan kami tidak pulang ke kampung masing masing. Aku terutamanya 2 malam sebelumnya telah siap mengemaskan barang barang yang ingin dibawa ke dalam beg. Teruja, gembira , tak terkata. Namun, perkara yang tak disangka sangka telah berlaku kepada sebahagian kelas apabila kami disuruh datang hadir ke kelas. Satu perkara telah berlaku dan dengan tidak semena mena lecturer yang masuk itu menangis. Menagis disebabkan perkara yang kami rasa remeh, temeh. Tapi entahlah aku rasa sebagai seorang ketua kelas, aku yang bertanggungjwab terhadap masalah itu. Sepanjang perjalanan 4 jam untuk pulang ke Negeri Sembilan itu aku berfikir dan berfikir apa salah aku, salah aku ke, apa aku dah buat ? Jelas, memang jelas seperti aku telah gagal sebagai seorang ketua.  Sepanjang perjalanan yang amat menyakitkan.

Aku masih ingat lagi, aku lah satu satunya ketua yang memulakan & mengeluarkan arahan kepada setiap ahli kelas untuk membayar duit kelas RM60 setiap bulan dari RM50 asalnya bagi menampung perbelanjaan yang terlalu banyak dari permintaan pihak kolej. Memang susah untuk aku keluarkan arahan itu. Tapi ketahui lah wahai kawan aku terpaksa buat semua tu untuk keperluan & menyenangkan korang semua jugak. Duit kita dalam akaun bank terkumpul baru ada RM8K lebih, tak cukup semua tu, tak cukup untuk tampung duit untuk kita buat Dinner nanti, dengan duit fotostat lagi yang hampir RM1000 lebih/ semester. Maafkan aku sebab buat semua ni.

Aku masih ingat lagi, saat kelas kita menang lukisan poster untuk sambutan Maulidur Rasul, kelas kita menang bola tampar,bola jaring, kelas kita menang pertandingan Ribbon day, kelas kita 100% lulus semuanya dalam final exam baru baru ini, kelas kita ramai dekan masa aku pegang jadi ketua ni. Aku bangga, aku bangga sangat dengan korang. Ya Allah, syukur tak terkata.

Dan sekarang aku aku masih ingat lagi semua itu dan pastinya tidak akan aku lupakan sepanjang hidup aku. Pengalaman yang banyak mengajar aku erti tanggungjawab, erti hidup, erti disiplin, erti sahabat, dan juga pengalaman yang banyak mendekatkan diri aku ke penciptaku, Ya Rabb.





With that, sekian and assalammualaikum. 

 

Monday, June 10, 2013

Semester break of me .

at 5:25 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎♥

Assalammualaikum & Hello there !


Okay follow the diagram before, I though this are enough to describe my condition right now . 

semester break! Or is it? : A boring sort-of update.

It looks like even with the writing challenge I still can’t bring myself to blog daily, which is a shame. And now I tried changing the blog background for, you know, to bring out the blogging mood again.


It usually works...for a couple of days, trust me  
♥ 

 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea