Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Thursday, December 6, 2012

Tegas. Garang. Pemarah.

at 12:55 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)


Tegas. Garang. Pemarah.


Apa bezanya?

Garang adalah lebih kepada cara kita berdepan dengan kemarahan. Ada orang bila marah, suka melenting, suka maki hamun, suka tengking-tengking. Kadang juga bila marah suka suruh macam-macam, suruh itu suruh ini. Ish, garang betul.

Pemarah pula menujukkan sifat seseorang yang senang marah. Asyik-asyik nak marah. Sangat mudah nak marah. Baru cuit bahu, dah nak marah. Baru cakap sikit, dah nak tarik muka. Mungkin dia tak ekspresi kan dengan tengking dan maki hamun, tapi kita tahu dia mudah marah dari respond & reaksi nya, maka kita tahu seseorang itu adalah pemarah.

Tegas. Kalau garang & pemarah dikategorikan dalam suasana yang negatif, tegas lain. Tegas kadang-kadang boleh jadi positif, kadang juga boleh jadi negatif. Selalunya orang yang tegas punya prinsip hidup & disiplin dalam diri. Sebagai contoh, seseorang yang pembersih, dia mungkin akan sangat pantang jika ada sekelumit habuk pun di sekelilingnya. Tapi, tegas itu akan jadi negatif bila terlampau rigid dalam satu-satu perkara. Itu tak boleh, ini tak boleh, makanya, jadi tunggul sahaja lah. HAHA.

Bagaimana nak mengatasi?

Garang kata lawannya penyayang. Makanya, untuk mengatasi sifat garang, cubalah didik diri menjadi seorang yang penyayang.

Pemarah atau panas baran, Islam dah ajar.
'Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring' (Riwayat Muslim).
Ataupun, berwuduk.
'Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk' -Hadis Riwayat Abi Daud-

Dan tegas. Tegas biarlah bertempat. Untuk perkara-perkara yang betul, yang baik, yang membawa kepada kebaikan diri, yang mengikut landasan, tiada mengapa untuk hendak tegas. Tapi, untuk perkara yang mungkin kecil, jangan jadi terlalu rigid. Pertimbangkan sesuatu itu sebelum mengambil tindakan yang tegas. Pertimbangkan.

To sayang .... read this :


Orait. Be nice ya people. Orang takut tau nak dekat dengan orang yang garang, yang pemarah nie. Hanya orang yang berhati kental sahaja boleh tahan. Hati lembut macam saya (hihi), kalau kena tengking, kena maki, mau balik bilik menangis tiga hari. HAHAHA.

With that, Assalamualaikum.

 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea