Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Friday, March 16, 2012

Pra Kursus Kahwin.

at 7:33 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

Assalamualaikum & hello earthlings (:

Hari ni, kat kolej zee ada pergi satu forum agama yang bertajuk " MENCARI KEKASIH HATI " anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Johor yang dirasmikan sendiri oleh Pengarah Agama Johor.




Topik dea menarikk & hujah2 yang dibentangkan juga tak bosan. YELAA, SESUAI DENGAN JIWA REMAJA YANG NAK KAHWIN ni kan ?

Ada 2 panel tadi, seorang Tok Kadi dari Pejabat Kadi Daerah Mersing. Beliau ni bestt ! sebab sporting! banyak bagi info tentang garis panduan ke alam perkahwinan. Dan lagi seorang Ustazah dari Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat. Beliau ni pulak banyak menceritakan garis2 panduan dalam menjalankan rasa cinta kepada pasangan yang mana hanya HALAL bagi mereka.


Malas nak cerita panjang, nanti koang bosan, JUST NAK SHARE :


CIRI-2 CALON WANITA YANG SOLEHAH :
1. Mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah dan RasulNya.
2. Menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya.
3. Bersifat penyayang.
4. Besifat menyenangkan apabila dipandang.
5. Berilmu.
6. Berpersonaliti muslimah.
7. Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.
8. Bijak menjaga rahsia terutama aib atau keburukan suaminya.


CIRI-2 CALON SUAMI SOLEHAH :
1. Mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah dan RasulNya.
2. Berakhlak mulia & berbudi perketi.
3. Tegas mempertahankan pendirian dan maruahnya sebagai orang Islam.
4. Bersifat pemimpin yang baik.
5. Amanah & bertanggungjawab.
6. Bijak menjaga batas pergaulan.
7. Menjaga pandangan mata.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.


Kalau bercinta selama mana pun, tapi Allah sudah tentukan bukan jodoh kita, MAKA tetap tak kan menjadi milik kita,

HATI HATI DALAM MEMBERI HATI .


Nota Pesan : Cintailah ALLAH terlebih dahulu sebelum kita mengejar cinta Dunia kerana kita pasti akan beroleh kebahagiaan selepas itu .



 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea