Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Sunday, December 25, 2011

cantik ke, huduh ke, kita tetap ciptaan yang Maha Esa .

at 1:43 PM

This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)

Assalammualaikum.. 
Ini ada sedikit info mengenai kelebihan beristeri kurang cantik (ayat sopan gitu..) 
Bukan bertujuan menyinggung perasaan wanita di luar sana. Tapi memberikan semangat kepada wanita bahawa kecantikan itu tidak menjamin sesuatu hubungan. hehehh, macam aku ni la kan -.-''

Isteri anda kurang cantik? Atau dalam bahasa kurang ajar, HODOH? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Malah, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya kerana terlalu cantik.

Lihat sajalah artis-artis wanita di Malaysia yang cantik dan cun melecun, tapi bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang. Apa lagi yang kurang dari artis-artis tersebut? Mungkin kurang didikan agama je. Heheh..

*****************************

Inilah beberapa kelebihan mempunyai isteri yang kurang cantik: 

KOS RENDAH
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya. Pakai bedak yang biasa-biasa saja. Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!

LEBIH SELAMAT
Risiko wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor henpon, e-mail, facebook, dan sebagainya. Err.. Blog?

RAJIN BEKERJA 
Wanita cantik risau kulitnya hitam terbakar, terkena cahaya matahari, tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi. Isteri yang kurang cantik pula tidak segan-segan bekerja keras. Semua kerja rumah, housekeeping, biasanya diuruskan dengan baik. Tapi memang malang kalau ada isteri yang dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, tapi suka melawan pulak. Haish!

LEBIH TAAT 
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakan isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”. Queen control! Mereka rasa mereka hebat dan tidak layak dipimpin. Bajet bagus! Upss..

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang kurang cantik selalunya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah. Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana mereka tidak perlu risau sebab berderet kumbang kaya yang menunggu di luar sekiranya talak dijatuhkan.

*****************************

Walau apa jua, suami pun penting juga. Jangan ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit macam orang mengandung tapi tak beranak-beranak. Heheh.. Serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri yang kurang cantik berubah kepada isteri yang cantik. Biar cantik di mata suami dah la. Yang halal kan bagus ?



So, wanita tak seberapa cantik macam aku jangan risau yer (': 








 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea