Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan menjelma lagi .

at 8:20 PM
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎♥

Assalammualaikum & salam ramadhan semua . Alhamdulillah bulan yang mulia ini tiba lagi .



Haaaa, selamat berpuasa semua. Seronok tak puasa dah mula ? Teringat zaman kecikkecik dulu, ibu pandai bagi sokongan emosi cakap kalau penuh puasa sehari seringgit. Yess, memang nampak macam tak patut, nanti puasa main main lah, tapi tulah cara yang terbaik nak ajar n biasakan diri kita . Dan sekarang bila dah besar, mulai dah rindukan saat saat tu . Alhamdulillah bulan ramadhan tiba lagi setelah 21 tahun bernafas di Bumi Allah ini.

Jom sama sama giatkan diri di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah ganjarannya lumayan. Tengok checklist ni :

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka 
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka. 
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.  
5. Bermurah hati dan banyak menderma.
6. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
7. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih) 
8. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Ampun, maaf dipinta kepada semua ahli keluarga, ayah, ibu, adik adik,saudara jika ada tersalah & tersilap dimana mana. Harap di bulan puasa ini kita mendapat keredhaanNya. InsyaAllah bersama sama lah kita menuju ke hari kemenangan Syawal nanti . Amin .




 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea