Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, ambillah nyawa kami dalam iman, serta masukkan lah kami ke dalam SYURGAMU bersama-sama iman. AMIN

Saturday, February 11, 2012

tips untuk LELAKI PEMALU !

at 11:54 PM
 
This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog ‎(♥‿♥)





Disebabkan jumlah perempuan kini melebihi lelaki, ramai yang beranggapan tak perlu dah tips macam ni untuk mengorat sebab si perempuan akan datang sendiri terhenggeh-henggeh kat lelaki. HAHA. Kalau korang (Lelaki) yang berfikiran macam ni, korang memang SILAP BESAR guys! Orang perempuan masih memilih wooo..

Nak mengorat ke ada ilmu, tak boleh hentam kromo je! Kalau korang rasa malu, mungkin boleh ikut tips dibawah ni hehe.

Tingkatkan Keyakinan Diri

Lelaki zaman sekarang ni kurang yakin pada diri sendiri, sangat merendah diri sebab mungkin dorang rasa tak cukup handsome untuk mengorat aweks yang dorang minat tu. *ehem* Kalau aweks tu muka macam Neelofa memang patut rasa macam tu kot HAHA. Korang kena buat lagak yang penuh yakin, bukan berlagak ye! Beranikan diri untuk tegur si dia dahulu.. nanti zee akan update cara-cara memulakan perbualan. :)

Jaga Eye Contact
Okay, eyes contact tersangat lah penting! Ni related dengan confident lah kan. Semasa bercakap dengan si dia, tolong lah pandang muka or mata dia. Kalau nak bercakap pun susah nak pandang mata, alamatnya hye hye bye bye lah jawabnye. Sebabnya bila korang buat macam tu, si dia akan rasa korang tak tertarik dengan dia. Perempuan ni umpama bos, oleh itu first impression tu penting bro! kalau dia tak suka die kick je! hehe 

Bahasa Tubuh
Ini pun mainkan peranan penting. Jangan sesekali silangkan tangan memeluk tubuh semasa berdiri sebab secara psikologinya ia menunjukkan korang tak selesa dengan keadaan. Si dia akan berfikir, mungkin korang tidak selesa bercakap dengan dia. So, perbualan akan berakhir dengan pantas. So sad kan? Haa.. kalau nak sembang lama-lama, ajak je si dia keluar minum, bersembang masa duduk lebih selamat :)

Ajak Keluar lagi!!

Lepas habis bersembang, sebelum balik, jangan lupa tanya "bila kita boleh jumpa lagi?" haaa... masa ni lah korang dapat tahu result korang usahakan tadi tu. hehe. Kalau ye jawapannya, alhamdulillah ada peluang, kalau dia tak nak jumpa korang lagi, mesti korang boleh expect apa jawapan yang diberikan kan? hehe.











 
Hasil Produksi ZAMEERA ZAMROSE. Powered by Blogger.
 

TALKATIVE ‎♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea