Assalammualaikum & Hello earthlings ~
Aku masih ingat lagi, pagi itu, jam 8.15 minit, segar & dingin
menyelinap segenap tubuh. Hilang rasa penat lelah setelah berkerja dan
bersengkang mata sepanjang malam selama 1o jam selepas mandi & mencuci
rambut. Wangi, aku suka aroma itu. Sedang asyik mengeringkan rambut di depan
kipas angin, tiba tiba deringan telefon segera mematikan lamunan yang baru cuba
dilakar. “ Hello, Assalammualaikum
Zameera sila datang ke Office sekarang yer, ada benda saya nak bagi & pesan
kat awak ‘’ Ya Allah, biar betul lecturer ni, aku baru nak rehat, aku baru
nak sidai kain baju yang baru dibasuh tadi, aku baru nak tidur lepas 10 jam aku
bersengkang mata kat wad tadi, bagi ubat jam 4 pagi, mandikan pesakit pukul 5
pagi, bagi suntikan pukul 6 pagi, dengan ambil tekanan darah hourly, penat aku
penat. Tapi disebabkan tanggungjawab yang digalas, diri digagahkan jua untuk
menukar pakaian yang lebih sesuai dan segera menapak ke pejabat pentadbiran.
Setelah segala urusan selesai, barulah mata ini dapat dipejamkan seketika dan
tubuh ini dapat berehat .
Aku masih ingat lagi, pagi itu, satu kelas kena marah sebab
pakai baju biasa & bukan baju uniform rasmi kami iaitu uniform nurse. Semua disebabkan gara gara aku tidak bertanya
kepada Puan. Maaf, aku minta maaf, yer
itu salah aku. jujur aku cakap, aku tak pernah jadi seorang ketua kelas, dan
aku tak pernah terbayang pun nak jadi seorang ketua yang perlu menjaga
kebajikan 83 orang ahlinya. Besar, ya itu memang tanggungjawab & amanah
yang paling besar yang perlu aku pikul sepanjang usia aku 21 tahun aku bernafas
di Bumi Allah ini. Alhamdulillah, mereka tidak dikenakan apa apa tindakan dan
aku sendiri telah mengaku bahawa aku yang menyuruh mereka memakai pakaian
biasa. Berani buat, berani tanggunglah kan ?
Aku masih ingat lagi, petang itu, petang yang amat menggembirakan
kami setelah hampir 2 bulan kami tidak pulang ke kampung masing masing. Aku
terutamanya 2 malam sebelumnya telah siap mengemaskan barang barang yang ingin
dibawa ke dalam beg. Teruja, gembira , tak terkata. Namun, perkara yang tak
disangka sangka telah berlaku kepada sebahagian kelas apabila kami disuruh
datang hadir ke kelas. Satu perkara telah berlaku dan dengan tidak semena mena
lecturer yang masuk itu menangis. Menagis disebabkan perkara yang kami rasa
remeh, temeh. Tapi entahlah aku rasa sebagai seorang ketua kelas, aku yang
bertanggungjwab terhadap masalah itu. Sepanjang perjalanan 4 jam untuk pulang
ke Negeri Sembilan itu aku berfikir dan berfikir apa salah aku, salah aku ke,
apa aku dah buat ? Jelas, memang jelas seperti aku telah gagal sebagai seorang
ketua. Sepanjang perjalanan yang amat
menyakitkan.
Aku masih ingat lagi, aku lah satu satunya ketua yang
memulakan & mengeluarkan arahan kepada setiap ahli kelas untuk membayar
duit kelas RM60 setiap bulan dari RM50 asalnya bagi menampung perbelanjaan yang
terlalu banyak dari permintaan pihak kolej. Memang susah untuk aku keluarkan
arahan itu. Tapi ketahui lah wahai kawan aku terpaksa buat semua tu untuk
keperluan & menyenangkan korang semua jugak. Duit kita dalam akaun bank
terkumpul baru ada RM8K lebih, tak cukup semua tu, tak cukup untuk tampung duit
untuk kita buat Dinner nanti, dengan duit fotostat lagi yang hampir RM1000
lebih/ semester. Maafkan aku sebab buat semua ni.
Aku masih ingat lagi, saat kelas kita menang lukisan poster untuk
sambutan Maulidur Rasul, kelas kita menang bola tampar,bola jaring, kelas kita
menang pertandingan Ribbon day, kelas kita 100% lulus semuanya dalam final exam
baru baru ini, kelas kita ramai dekan masa aku pegang jadi ketua ni. Aku
bangga, aku bangga sangat dengan korang. Ya Allah, syukur tak terkata.
Dan sekarang aku aku masih ingat lagi semua itu dan pastinya
tidak akan aku lupakan sepanjang hidup aku. Pengalaman yang banyak mengajar aku
erti tanggungjawab, erti hidup, erti disiplin, erti sahabat, dan juga
pengalaman yang banyak mendekatkan diri aku ke penciptaku, Ya Rabb.
With that, sekian and assalammualaikum.