This is Zameera Zamrose OFFICIAL blog (♥‿♥)
Assalammualaikum wbt & hello earthlings ~
Kolej aku memang pandai. Tepat 31 haribulan, semua pelajar
kolej dah diwajibkan berada di asrama. So, yes maknanya tiada sambutan malam
tahun baru bagi kami. Yeahh, memang itu semua ada kebaikannya, tidak dinafikan banyak
manfaatnya pada kami semua terutamanya yang masih berjiwa remaja ini. Walhal,
memang tidak digalakkan dalam agama islam menyambut perayaan yang menyerupai
agama lain. Nauzubillah. Tapi, bukan pasal ini yang aku nak cakap dalam entry
penutup tahun 2012 aku yang panjang lebar bak esei STPM ni. Lain ceritanyaa ….
Masalah aku sekarang ialah RINDU. Masalah kerinduan yang
terlampau dekat dua orang budak merangkap sepupu yang paling rapat dan terlalu
rapat dengan aku. Mohamad Hanif Saifullah dan Nur Hani Qaleesya. Dua nama yang
terlalu dekat dengan aku. Mereka ni anak maksu n busu aku. Comelnya Ya Allah..
sebulan semester break ni, hampir setiap malam jugalah aku bersama dworang.
Buatkan susu, pepagi mandikan dworang, makan sesame. Cium cium dworang. Malah
gaduh dengan dworang. Ooops! Terlupa pula, umur mereka ni baru 4 tahun dan 1
tahun 11 bulan. Comel kan.
Bayangkanlah kalau setiap malam dah buatkan susu, tidur sama
sama, then tetiba semua tu tiada. Tiada lagi bunyi rengekan nak susu mereka.
Tiada lagi tangisan manja mereka. Tiada lagi gelak tawa mereka ketika bermain
bersama aku. Tiada, tiada tiada dan lebih menyedihkan aku terperangkap dalam
asrama ni. No family. No happy. Bagi aku, keluarga adalah nadi aku. Tiada
kebahagiaan lain yang boleh menandingi bila aku bersama keluarga. Mereka segala
galanya.
Dan pada ambang berlabuhnya tirai 2012 ini, aku pertama
sekali mengucapkan syukur Alhamdulillah kepadaNYA kerana masih meminjamkan aku
hari harinya. Selamat datang 2013. Semoga menjadi tahun yang membawa banyak
kejayaan kepada aku dan keluarga aku Insyaallah.
Aku bukanlah orang
yang saban tahun beria ia dan semangat memasang azam pada malam tahun barunya
dan kemudian kecewa apabila satu persatu daripadanya tidak ditunaikan. Dan aku
jugalah bukan seorang yang suka mem’postpone’kan azam azam tahun barunya ke
tahun berikutnya. Tidak, Itu bukan aku.
Cukuplah bagi aku agar dapat jadi seorang insan yang lebih baik
berbanding sebelumnya dan menjadi lebih matang dalam mengharungi hari hari
barunya. Cukuplah menjadi seseorang yang lebih bijak dalam membuat dan menerima
sesebuah keputusan.
Tahun 2012 meninggalkan terlalu banyak kenangan dalam hidup
aku. Ada 2 semester telah aku harungi sepanjang tahun itu. Tahun yang mana
tahun pertama aku melangkah ke alam 20-an. Entah mengapa pada tahun 2012 juga
aku tiba tiba rasa hilang minat atau dalam erti kata lain hilang keghairahan
terhadap bagaimana untuk menguruskan diri aku dengan baik seperti tahun tahun
sebelumnya.Walhal, aku masih remaja. Hasilnya aku jadi semakin wooww, meningkat
dalam segi saiz. *Gemuk. Dan paling teruk aku hanya memakai apa saja yang
tersedia dan mudah. Langsung tidak menghiraukan gaya atau kecantikan yang aku
bangga banggakan dahulu. Aku tampil selekeh pada tahun itu dan yer aku sendiri
rasa selekeh. Aku jadi malas dan semalas malasnya. Zahidah, jannah, liyana,
azmira salalu menanyakan soalan yang sama terhadap aku apabila melihat
perubahan aku yang terlalu teruk dan mendadak ni. Dan soalannya “ MANA ZAMIRA
YANG DULU ? “ aku pun tak tahu, tapi aku
nak berubah dan kembali seperti dahulu.
CINTA .
Dan seterusnya dalam tahun 2012 ini jugalah aku break a.k.a
clash sekejap dengan MR.A . Encik cinte hati aku. Puncanya tentulah dari aku
sendiri. Degil sangat kan. Hurmm, sebenarnya entahlah, mungkin aku tidak tahu
menghargai mana yang berlian, mana yang kaca. Tapi entahlah, seteruk teruk aku,
aku tak pernah hina dia. Caci dia. Maki dia. Macam yang dia buat dekat aku.
Sorry sayang, yes memang tak patut ungkit cerita lama tapi kata kata you
terpahat dan tersemat kuat dalam dasar hati ni. Serious aku takkan sesekali
lupakan.
Aku harap tahun 2013 yang bakal bermula ni membawa sinar
baru dalam hubungan kami.
Okay, tak lupa juga dalam tahun 2012 ni, along aku Mohd Noor
Idzhar sudah pun melangsungkan perkahwinannya pada 16 September yang lepas
dengan seorang kakak yang sangat cantik. Cantik cantik cantik sekali. Kakak
Munyati Aimi namanya. Nak tahu tak, mereka ni couple sekejap je, tak sampai
setahun kenal then dah sampai seru. Seronok kan ?
Dan dalam tahun 2012 ini juga, Khawarizmi Kamaruddin dah
kahwin. Siapa dia tu. Hanya orang terdekat sahaja tahu. T.T
Aiman pun dah sunat. Alhamdulillah masa aku baru start cuti
sem hari tu. Selamat adik bongsu aku berkhatan. Punyalah kelakar. Disuruhnya
mengucap dia pergi Azan sekuat hati dalam bilik doctor tu. Ya Allah, aiman
aiman.
Baby pulak, adik aku yang ketiga mulai tahun hadapan dah
mula tinggal rumah maksu aku. Dia sekolah sana . Bukan main seronok + excited
dia bila busu dan maksu belanja beg sekolah dan sandal baru.
Baru baru ni yang paling best dan woww sekali kan yang
berlaku dalam hidup aku ialah pergi Sunway Lagoon. Aku pergi dengan budak budak
dari English Society kolej aku. Dengan ana, nazrien, dibah, jannah, yana,
zahidah, eli, dan yang lain lain. Semua park aku masuk. REPEAT. Semua park aku
masuk. Dan yang plaing ohsemm dapat tengok cerita delam wayang 5D pertama di
Sunway Lagoon yang syokkk habiss. Rasa nak masuk banyak banyak kali.
Amusement part.
Waterpark. Extream park. Wild life park. Scream park. Yes scream park yang
bagai nak gila aku masuk rumah hantu tu. Seram habisssss oii. Ada hantu chucky,
hantu saw, hantu ponti, hantu lompatlompat, Ada hantu badut tu. Hantu apa lagi
ek, semua hantu adalah. Ada zombie. Yeahh. Bab zombie tu yang paling scary.
Real dalam kandang tu sepak sepak , larilari macam nak makan aku. Keluar rumah
hantu tu habis kasut aku nak tertanggal. Seluar nak tercabut bukan sebab apa,
sebab nak selamatkan diri punya pasal. Disebabkan masa tu aku masuk berdua je
dengan zahidah, sepanjang masa kat dalam rumah hantu tu aku peluk zahidah.
Peluk pinggang zahidah dari belakang. Rapat rapat. Erat erat. Masa tu aku
fikir, antara hidup mati je. HAHA. Bodohkan aku disitu.
Then malam tu kami pergi i-City pulak. In my opinion, kalau
pergi dengan boyfie seronok ni. Romantik. Aku suka lampu lampu ni. Blushing.
STUDY .
Bab study pulak, Alhamdulillah masa semester 2 iaitu awal
tahun 2012 tempoh hari, result aku okay sikit jika nak dibandingkan dengan
result semester 3 yang lepas nie. Hampehh. Itulah, main + berangan je lebih.
Lagi satu, asyik tidur, tidur, tidur. Macam mana nak dapat dekan Zamira oiii. Elaun
semester depan nak naik. Naik rm200+ . Adalah dalam lapan ratus lebih.
InsyaAllah akan aku manfaatkan sebaik baiknya. Tinggal 3 semester lagi nak
habis ni. Pointer mesti mantap kalau nak cepat kerja dan seterusnya kaya.
Hahaa. Nak kahwin lagi. At least dapat dekan sekali jadilah. Ya Allah, bantulah
hambamu ini.
Dan penutup entri aku kali ni, aku nak cakap AKU JADI KETUA
KELAS SEM NI yang mana penyelarasnya Pn Santha. Pasti hebat cabaran yang
menanti aku tak lama lagi. Harap sangat Allah permudahkan segala urusan aku
dan aku dapat jadi seoarang ketua yang
baik. Amin. InsyaAllah.
With that, sekian & assalammualaikum.